keindahan kampung ku

keindahan kampung ku

Saturday 16 March 2013

ALL ABOUT HOMESTAY BONDA

Homestay teratak bonda ada lah terletak di kawasan perkampungan felda jengka 25,suasana yang aman damai sangat meyeronok kan sesiapa sahaja yang mengimpikan percutian  yang tenang , Dikelilingi pokok kelapa sawit dan udara yang segar membuat kan anda tidak mahu pulang ke tempat asal anda .. belum cube belum tahu kan.

homestay  teratak bonda mempunyai 8 bilik tidur dan 4 bilik mandi . homestay bonda di ilham oleh ibu saya puan zainab bt ariffin namun di kenal sebagai maklong .. keseluruhan homestay ini ada lah idea beliau . suasana yang selesa membuat kan anda akan berkunjung lagi buat kali ke 2..

mungkin pembaca entry ini tertanya2 apakah yg menarik di kawasan felda jengka 25.. ok bak kata omputeh dont judge book by the cover ,, mungkin dari luaran anda nampak tiada yg menarik kan ? namun untuk megetahui lebih lanjut baca la entry ini sampai habis hehe .. ha jemu? rilex la banyak yang ingin saya kongis kan..

antara tempat yg menarik di sini adalah tempat pelancongan yg di beri nama GUNUNG SENYUM..
kalau anda melawat ke gunung senyum pasti anda akan tertawan dengan keindahan flora dan fauna nya.. anugerah dan ciptaan allah yg sangat hebat .. di dalam gunung senyum ni terdapat pelbagai gua yg menarik..untuk merasai kehabatan nya anda mesti hadir ke sini..

itu antara yg paling menarik, selain itu, banyak lagi tempat2 yg boleh anda lawati antara nya bandar termeloh bandar ikan patin,gulai rom.. bagai yg minat memancing di sekitar bandar pusat jengka terdapat pelbagai pilihan kolam untuk anda memancing..

selain itu anda boleh berkunjung ke tekan plantion resort,gua gelanggi air terjun latar meraung,lubuk u ,lubuk jed dan banyak lagi aktivivti menarik.terdapat pelbagai aktiviti tradisional yg di sediakan

pendek kata anda harus berkunjung ke felda jengka 25 untuk merasai keunikan di sini ..


sekian wasalam

No comments:

Post a Comment